Puasa, Birthday, dan Adsense

Bulan puasa kali ni, Tuhan telah murahkan rezeki aku dengan Duit Adsense, Alhamdulilah, tetapi ada masalah lain pula yang menimpa aku, sebenarnya benda ni dah berlaku 2 bulan lepas, semasa aku diberitahu oleh Pakcik Google yang duit adsesen aku dah boleh keluar kan.

Apa yang berlaku pada beberapa bulan lepas, ialah misi cuba nak tukar nama pada check, al-maklumlah masa aku register adsense dulu tak tahu apa-apa, jadi terdapatlah kesilapan pada nama aku tu. Bahagian payee name aku tidak di isikan dengan betul, hilang BIN. Aduh, pening juga aku nak setelkan masalah ni. ?:-)

Selepas aku duk fikir-fikir, jadi aku gunakan cara berani mati, aku nak try aje pergi ke bank lepas tu try cash kan check Adsense tersebut. Harap-harap boleh lah. Nanti apa-apa berita insya allah aku kongsi kan dekat sini.

Esok Birthday isteri aku, aku pun tak tahu nak wat macam mana, aku tengok malam ni dia macam sikit hangin dengan aku. Biasalah seorang suami yang tidak pandai memujuk tak tahu apa kes yang menyebabkan dia hangin dengan aku. Tapi aku terkejut apabila dia menolak permintaan aku untuk pergi ke Uptown, aku ingat boleh lah aku belanja seluar jeans untuk dia, tapi dia dah tolak, dia cakap dia dah jumpa seluar lama dia. Jadi tercancel lah niat aku tu.

Jadi esok, aku masih tak tau nak wat apa. Ingat belikan sesuatu untuk dia, tapi apa yang aku nak beli pun aku tak tau. :ZZZ:

Popularity: 2% [?]

Advertisement

Trackbacks/Pingbacks

  1. Blogger Malaysia Berbicara | Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21, 2010

    [...] tu, aku ada cerita mengenai adsense aku kan? Aku dah hantar check tu ke Bank CIMB tak tau lah apa cerita. Tapi yang pelik, orang dekat [...]

  2. Blogger Malaysia Berbicara | Update terkini mengenai adsense - October 5, 2010

    [...] saya berjaya di keluarkan di CIMB. Tanpa di sangka, dapat juga cashkan check. Hari tu saya ada kongsi cerita mengenai masalah akaun adsense saya, tetapi akhirnya masalah tersebut telah diselesaikan oleh pihak bank tanpa reject check saya [...]

Ada Komen?