Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Ramadhan akan meninggalkan dan Selamat Datang untuk bulan Syawal, iaitu hari Kemerdekaan Islam. Marilah kita meraikkan dengan penuh gembira, dan penuh insaf dengan apa yang telah di lalui pada bulan Ramadhan.

Seharusnya kita perlu lah mengamalkan apa yang patut di amalkan di bulan Ramdhan sentiasa. Maksud sini, ialah mengawal nafsu di bulan-bulan akan datang. Pada zaman ini, umat islam mudah lalai dan mudah tergoda dengan pujukkan syaitan untuk membuat sesuatu perkara yang mungkar. Haruslah di sini, kita dapat bertahan pujukan syaitan seperti mana kita melawan kemahuan diri kita sendiri seperti di Bulan Ramadhan ini.

Tetapi harus di ingat, Syawal juga haruslah diraikkan sebab ia adalah sunat. Hargai sejarah-sejarah lampau ketika  islam menemui kejayaan penuh pada 2 bulan ini.

Nasihat daripada saya, sentiasa lah kita ingat sesama kita kerana kita ini mudah lupa, dan alpa dengan keduniaan ini.

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Bukhari-Muslim]

Popularity: 1% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?