Satu hari.. Dua hari.. Inilah yang terjadi pada saya!!

Aduhai, kini saya sebuk menghitung hari.. dan masa… bukan sebab sebuk menyiapkan kerja dan projek. Tapi menunggu anak kedua yang bakal di lahirkan dalam 2-3 minggu ni. Tambah seorang lagi zuriat saya. :) memang terasa teruja seperti anak pertama dulu. Biasalah umur yang muda ni sudah ada anak 2 orang. Memang rasa lain macam sikit, tapi itu lah kenyataannya. Agak-agaklah macam mana komitmen saya pada tahun hadapan?

Saya harap saya masih dapat fokuskan perniagaan internet, dan perkhidmatan internet yang saya sediakan selama ini. Alhamdulilah, banyak perubahan yang telah berlaku di dalam dunia internet. Kalau dulu hendak mencari sesuatu ilmu pun susah :P sekarang ni mudah saja. Kadang-kadang boleh dapat percuma aje, dan berbayar dengan harga yang murah. Siap ada juga orang yang boleh memberi jaminan menjadi JUTAWAN BLOG harap-harap ia benar-benar dapat membantu pembelinya.

Berbalik kepada ahli baru dalam keluarga saya nanti, sebenarnya saya tidak tahu nama apa yang sesuai. Yang saya tahu kalau lelaki saya masih ingin mengunakan nama tahun lepas Wan Ahmad Izuddin ( Anak sulong kami anak perempuan, tapi scan dulu lelaki sebab itu nama ini kena suspend sekejap)

Insya allah, kawan-kawan tolong lah doakan semoga isteri saya selamat bersalin dan anak saya berada dalam keadaan selamat… terima kasih yer…

Popularity: 14% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?