Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Selamat menyambut Ramadhan dan Hari Merdeka.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan dan Hari Merdeka, semoga anda semua bergembira bersama dengan ahli keluarga. Sebenarnya saya saja letakkan tajuk macam itu, sebab taknak kita terlupa didalam menyambut merdeka kita terlalai bahawa bulan yang di muliakan juga sudah hampir :) .

Ingatlah pada bulan ramadhan juga di turunkan kita al-quran, bersesuaian dengan firmannya :-

“Bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)” (QS Al-Baqarah :185)

Jadi tidak haruslah kita tengelam, terlupa dengan bulan ramadhan ini, di sebabkan kita sibuk menyambut hari kemerdekaan.

Kita haruslah musabahkan diri di dalam menyambut kedua-dua hari, sebagai Orang Islam dan juga sebagai Rakyat Malaysia. Hari Merdeka perlu lah di ingatkan kepada generasi akan datang, jangan lah dilupakan sampai tidak tahu asal usul kelahiran Negara kita. Begitu juga dengan Agama, perlulah di terapkan kepada anak-anak supaya mereka paham apa yang mereka lakukan dan bukan kerana  dipaksa, tetapi disuruh oleh Tuhan kita sendiri.

Seperti kita sebagai rakyat malaysia ada juga taat dan patuh kepada raja, sama dengan Islam haruslah kita patuh dan taat kepada Tuhan yang di sembah. Janganlah di lupakan pula, maksud saya ini, Bukan di lakukan atas sebab sesuatu perkara.

Dekat sini saya ada beberapa gambar untuk kawan semua, untuk menghayati hari kemerdekaan. Dan secara jujur juga saya mengaku yang saya pun tak pernah ke sana. Tetapi kawan saya bawa saya berjalan, tempat yang saya maksud kan ialah Muzium Polis di Bukit Aman.

5 post yang ditulis oleh sahabat

Popularity: 23% [?]

If you enjoyed this post, make sure you
Subscribe to my RSS feed!

Leave a Reply