Selamat Tinggal Memori Pahit

    Bukan mudah untuk seseorang itu melupakan masa silamnya tambahan lagi andai ianya adalah satu kenangan paling pahit dalam hidup. Namun sukar ataupun tidak, kamu tetap harus melupakannya dan buangkannya jauh2 dari hidup kamu.

Sekiranya kamu terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yg pahit sampai bilapun kamu tidak pernah akan rasa bahagia. Malah, jalan untuk kamu meniti tangga kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana sentiasa rasa takut dengan bayang2 semalam.

Oleh itu, jangan biarkan kenangan pahit yg pernah dilalui menyekat kebahagiaanmu. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk kamu melupakan kenangan pahit tersebut dan mulakan hidup yg baru.

Berikut adalah 5 cara terbaik yg boleh dilakukan.

Ubah penampilan diri

Kebanyakan dari kita sering ucapkan ingin mulakan hidup baru. Namun, kalau hanya ucapan semata2 tidak mungkin akan berhasil. Kamu harus berubah bukan sahaja dari segi pemikiran tetapi juga dari segi penampilan. Ubah diri jadi seperti orang baru.

Tampilkan imej yg lebih kemas, menarik dan paling penting ianya benar2 sesuai dengan kamu. Mungkin ada antara kamu yg berfikir menukar imej tidak memberi sebarang kesan untuk mulakan hidup baru.

Namun percayalah bila kamu tampil dengan imej baru misalnya dari rambut panjang ke rambut pendek, dari tidak pernah berhias mula berhias dan dari tidak pandai berfesyen berubah jadi seorang yg up to date dengan fesyen pastinya kamu akan rasa hari2 yg dilalui berbeza dari dulu.

sekiranya kamu tidak berubah penampilan, setiap kali kamu memandang cermin kamu akan lihat diri kamu yg pernah jatuh satu ketika dulu. namun bila kamu berubah kamu akan nampak diri kamu yg baru dan tidak ada kena mengena dengan diri kamu sebelum ini.

Buang segala2nya

Untuk melupakan semua kenangan pahit yg pernah kamu lalui, cara yg paling berkesan ialah kamu buang segala2 yg boleh mengingatkan kamu pada kenangan tersebut. Misalnya andai kenangan pahit yg pernah kamu alami ialah kamu ditipu oleh seorang lelaki yg amat kamu cintai.

Kemudian, setelah kamu serahkan segala2 padanya kamu ditinggalkan begitu sahaja. Sekiranya kamu benar2 mahu melupakan memori pahit ini, kamu harus kuat untuk membuang apa sahaja yg boleh membuatkan kamu teringat kembali pada lelaki tersebut misalnya gambar, hadiah dan kad atau surat darinya.

Jangan tinggal walau satu buktipun yg menunjukkan kamu pernah bersamanya. Anggaplah apa sahaja yg berlaku antara kamu dan si dia adalah satu mimpi buruk. Mungkin sukar untuk kamu melakukannya tetapi berusahalah dan sentiasa percaya selagi kamu tidak membuangnya selagi itulah bayang2nya akan terus bersama kamu.

Oleh kerana itulah, apa sahaja yg menjadi punca membolehkan kamu mengingatkan pada kenangan pahit yg berlaku dalam hidup kamu usahalah untuk mengusirnya jauh2.

Menjalinkan hubungan baru

Tidak kiralah apapun kenangan pahit kamu sama ada kamu gagal dalam percintaan, kamu dikhianati sahabat, kamu kehilangan orang tersayang dan sebagainya namun cara untuk melupakannya tetap sama iaitu cubalah menjalinkan hubungan dengan teman2 baru.

Lebih baik lagi orang tersebut tidak pernah mengenali kamu sebelum ini dan tidak pernah tahu kisah pahit yg pernah kamu alami. Kamu boleh menjalinkan hubungan kawan dengan seramai mana yg kamu mahukan.

Lebih ramai, lebih baik kerana ianya akan lebih mudah membantu kamu untuk mulakan hidup baru dan melupakan apa sahaja yg pernah berlaku. Tetapi harus diingat biar serapat manapun kamu dengan teman barumu itu jangan sesekali menceritakan sejarah pahit kamu itu pada mereka.

Perkara yg telah berlalu janganlah diungkit kembali. Biarkanlah mereka hanya mengenali kamu yg hari ini bukan kamu yg semalam.

Berubah angin

Sekiranya kamu ada peluang ataupun berani untuk mengambil satu keputusan yg lebih drastik kamu berpindahlah jauh dari tempat yg banyak menyimpan kenangan pahit pada kamu.

Mungkin bagi sesetengah orang ini adalah satu tindakan untuk lari dari masalah, namun harus diingat andai kita berubah untuk mencari yg lebih baik untuk diri, apa salahnya.

Bagaimana untuk mulakan hidup baru sedangkan mana2 kamu pergi pasti akan lihat kebodohan dan penderitaan kamu sebelum ini. jadi jalan paling baik kamu keluar dari tempat tersebut dan carilah ruang yg lebih selesa untuk kamu mulakan yg baru.

Jangan sesekali kamu katakan yg kamu telah terlewat kerana sesungguhnya istilah terlewat itu tidak pernah wujud. Masa sentiasa ada selagi kita mahu berubah untuk menjadi yg lebih baik.

Maksimumkan diri

Sentiasa cuba untuk menggunakan semaksimum mungkin daya dan keupayaan kamu. Jangan terlalu mudah mengaku kalah dan terlalu yakin dengan mengatakan kamu tidak mampu untuk berubah.

Kamu boleh melakukan apa sahaja yg kamu suka tetapi jangan lakukan asal boleh sahaja. Lakukan dengan bersungguh2 dan sehabis daya kamu. Percayalah kamu pasti akan terkejut melihat keupayaan kamu dan pasti kamu tidak sangka kamu boleh melakukan sebaik itu.

Selain itu, dengan memaksimumkan keupayaan diri ianya akan merubah diri kamu dari seorang yg rasa rendah diri menjadi kepada seseorang yg ada keyakinan diri tinggi. Kamu juga pasti akan rasa bangga pada diri dan rasa bertuah kerana dilahirkan cukup istimewa serta sempurna. Perasaan2 inilah yg akan membantu kamu untuk mengucapkan selamat tinggal pada segala memori pahit.

Dan Jangan lupa yang Paling PENTING SEKALI ialah selaluLah / Perbanyakan Lah Solat Taubat kerana dia boleh bersihkan HATI kita dan berDoa Lah selalu pada ALLAH S.W.T.

Popularity: 17% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?