![]()
Aduhai, tergadai juga sim card aku dari tahun 2000 yang tidak memberi masalah langsung kepada aku. Malah, aku lebih senang dengan pakej nya walaupun kena sentiasa reload topup. Tapi sekarang dah terpedaya dengan salah satu plan Maxis iaitu Family Plan. Terus terang, aku memang kurang ilmu untuk bahagian ini, sebab masih baru dan mungkin penerangan juru jual tidak memuaskan hati aku dengan erti kata lain jawapan yang dia bagi membuatkan aku was-was dan tak berapa suka.
Jadi aku ambil langkah untuk survey di website Maxis sendiri. Walaupun tak berapa nak faham apa yang ditulis, tetapi aku nak komen dari segi interface website tersebut. Website dia memang nampak canggih tetapi susah, orang macam aku nak faham apa yang hendak disampaikan. Mungkin juga pihak Maxis sendiri saja buat websitenya macam itu, untuk mengelakkan pelanggan mereka tidak jadi untuk upgrade ke pakej yang mereka promosikan.
Sebenarnya, aku pun kurang pasti apa kelebihan Family Plan. Yang aku faham dan tidak berapa yakin dengan apa yang aku faham ialah, sesiapa yang register di akaun tersebut akan dapat panggilan percuma di antara rangkaian tersebut. Maksud aku macam ini, Isteri aku register untuk Family Plan Value 50, jadi aku dan beberapa orang lagi register di bawah isteri aku, dan sefahaman aku, aku boleh call dengan kadar percuma antara isteri dan beberapa orang lagi yang register di bawah plan isteri aku tadi. Tapi aku tak pasti, adakah benar tanggapan aku? ataupun salah? (kalau ko orang tahu, cuba ko orang terangkan sikit)
p/s: argh… tension aku duk fikir hal ni, sebab rasa rugi pula. Tetapi jauh di sudut hati aku, aku terpaksa menerima nya…benda dah berlaku
Popularity: 14% [?]



Diorang ni mmg pandai putar belit.. kita pun tak seadr kita tertipu dengan pakej2 diorang!
camni bro…klu family plus tu,maksudnye klu ko principal,ko leh pilih memana pakej,cam yg value plus 50 ke 80 ke 150 tak kisah,komitmen fee ikut pakej yg ko amik,klu ko amik yg 50,ko kena bayar 50 wlaupon penggunaan ko tak sampai 50,klu ko gune lebih 50,contohnye 57,so ko kena byr 57 la…begitu jgk plan yg lain…,n org2 yg mendaftar bwh ko(sub),die amik family plus tu,die kena byr atleast 30,even penggunaan tak sampai 30, klu guna lebih 30,bayar la ikut bape guna tu,n rate charge die ikut pakej yg ko amik, klu pakej yg ko amik tu call charge die 12sen/minit,so sub ko akan dikenakan rate yg cam tu la, klu family plus 30 ni lak,rate utk sub2 ko da ditetapkan da, wlau ko pkai pakej camne pon… tujela yg aku leh sampaikan…