Unsuspend Account : Bukan tidak bayar bil hosting.

Beberapa hari yang lalu, paparan blog saya bertukar kepada unsuspend account :( cukup menyayat hati. Oleh itu saya tidak boleh buat post disini untuk beberapa hari.

Sebenarnya bukan saya tidak bayar bil hosting tetapi blog ini disyaki menghantar email spam. Ya, saya akan bagitahu perkara yang sebenarnya.

Saya tidak pernah menghantar email spam, cuma kesilapan saya ialah salah satu Addon domain saya telah di install script yang membuatkan server conflict atau server kacau bilau, jadi dia orang telah melabelkan saya buat spam. Sebenarnya perkara ini tak pasti kesilapan saya, memang kesilapan saya maksud saya dekat sini kesilapan dari script atau pun saya delete email di webmail secara mass delete(delete nak cepat) .

Jadi perkara ini menyebabkan, pembekal hosting saya mengesyaki perkerjaan yang tidak elok sedang di lakukan di blog ini ( jangan salah faham : maksud sebenar ususpect job)

Tapi alhamdulilah, masalah ini dapat disetelkan selepas saya pujuk rayu dengan pembekal hosting.

Kepada customer saya, jangan salah faham. Saya mempunyai 3 hosting yang berbeza sebagai backup untuk website-website yang saya ada. Jadi tiada kene mengena dengan blog anda semua, saya harap  blog anda semua berada dalam sihat dan sejahtera :P

Popularity: 6% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?