Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Kenapa memerlukan Website dan Blog?

Adakah anda memerlukan Website? ataupun Blog?.

Tidak perlu jika anda tiada apa idea untuk website atau blog, maksud mudah saya ialah tiada topic atau tujuan untuk membuat website mahupun blog.

Siapakah yang harus mempunyai website/blog?

Seseorang yang suka berkongsi pengalaman atau bercerita atau mencari rakan-rakan baru dengan cara berblogging, Website pula sesuai kepada sesiapa yang ingin mempromosikan atau menjual produk mereka secara online.

Kenapa memerlukan website dan blog?

Mengambil kesempatan atas perkembangan teknologi pada masa kini. Berhubung dengan rakan tanpa berjumpa, mengenal rakan baru tanpa menyapa. Bagi website pula, mencari pelanggan serata Malaysia atau Dunia!

Berapakah kos untuk blog/website?

Memang ada yang free, tidak perlu bayar seperti blogspot,blogmas(tempatan) dan sebagainya. Itu semua jika ingin membina blog. Tetapi untuk membuat website, lebih baik yang berbayar punya. Senang hendak manage, dan tidak perlu bimbang jika account web free anda kena suspen pada suatu hari nanti. Kos pada masa kini ialah RM30 – RM100 mengikut pakej yang anda langgan.

Untuk siapa semua soalan ini?

hahah, tiada untuk siapa, saja mahu tulis :P

Bye, selamat pagi!

Popularity: 26% [?]

Apa yang selalu saya cakap dengan pelanggan saya.

Nampaknya saya cuba mencari mood menulis balik. Setelah sekian lama, ada perasaan minat pula hendak menulis disini. Tajuk hari ini bertujuan memberi jawapan kepada mereka yang menghantar email kepada saya bertanyakan Kenapa terlalu mengambil masa untuk menyiapkan sesuatu projek yang di beri oleh pelanggan.

Sebenarnya, saya lebih suka dengan cara ini. Terutamanya kepada pelanggan saya yang tidak tahu apa-apa tentang internet, apatah lagi buat duit dengan internet. Jadi kebanyakkan mereka memang tidak tahu ingin melakukan apa atau apa. Pekara ini pernah terjadi kepada saya sendiri. Duduk di depan komputer lepas tu hilang segala idea :(. Sehinggakan banyak kerja yang di telah tangguhkan.

Tapi alhamdulilah, sekarang ini saya merasakan saya sudah boleh menyesuaikan diri di dalam dunia blogging ataupun online business.

Baiklah, selalunya saya tidak akan borak kosong dengan pelanggan-pelanggan saya. Saya akan menerangkan next step setelah siapnya website mereka.

Contoh, Mamat seorang ni nak buat store online tetapi masih tidak apa yang hendak dijualkan nanti.

Jadi saya perlu menunjukkan jalan kepada mereka supaya mereka nampak apa perlu dilakukan pada masa akan datang.

Selalunya, saya akan meminta mereka mencari produk atau niche yang ingin di niagakan. Sambil-sambil itu saya turut membuatkan website store yang di minta oleh dia.

Kalau dia jumpa produk pun, dia masih belum tahu lagi next step. Jadi memang jadi satu tanggungjawab saya supaya untuk menerangkan lagi keadaan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai marketing@pemasaran.

Oleh kerana saya bimbang kurangnya pemahaman dia ni, jadi saya akan imbas balik pengalaman saya yang lepas untuk bercerita kepadanya. Antaranya, saya akan menceritakan tentang banyak website yang kecundang atau dengan erti kata lain drop dalam business online ini, salah faham dengan pihak hosting, dan macam-macam lagi lah saya merepek.

WArgh… sekarang saya pun sudah mengantuk, sudah pukul 4.00 pagi. Minta maaf lah kalau post ini tidak menjawab soalan sedara yang menghantar email.

p/s: Dengan erti kata lain, saya suka mengikut prinsip customer always rights, but’s not all……

Popularity: 18% [?]