Buat traffic melalui artikel anda
   Tahukah anda melalui artikel anda boleh mendapatkan lebih ramai pelawat? Ini adalah salah satu usaha percuma untuk anda mendapatkan pelawat yang ramai. Pada mulanya, saya pun kurang percaya mengenai info ini tetapi apabila saya dah cuba di beberapa direktori artikel ( english punya ). Saya pernah submitkan artikle di dalam bahasa inggeris untuk menaikkan pelawat di blog english saya.. Alhamdulilah stastitik pelawat bertambah..
Hendak di jadikan cerita… pada dua bulan lepas, saya ada buat satu web direktori artikel untuk bahasa melayu punya… Saya tidak menerima sebarang bayaran untuk anda register sebagai penulis di sana. Ini adalah peluang anda untuk menarik pelawat untuk ke blog anda :)
Soal/Jawab mengenai Direktori ini :-
Saya mempunyai banyak artikel yang menarik untuk di paparkan di sini tetapi saya sudah mempunyai blog/website. Jadi tidak perlu lah saya paparkan di sini!!!
Jika anda sudah mempunyai blog/website anda juga boleh menjadi penulis di sini, apa yang anda akan dapat ialah kawan baru ( pengunjung baru ) ke blog/website anda. Cuma letakkan link anda sahaja lepas tu tunggu di approvekan oleh admin direktori…
Jika saya mendaftar menjadi penulis, adakah saya perlu menulis artikel pada setiap hari?
Tidak perlu, cukup cuma sekali sahaja. Tapi jika ada kemahuan dan kemampuan tulis lah hari-hari… kalau ada kemahuan tetapi tidak kemampuan tulis lah bulan-bulan… kalau tiada kedua-dua nya “Terima Kasih kerana Mengunjung website ini”
Adakah artikel-artikel ini boleh di terbitkan di blog/ website saya?
Anda boleh copy&paste untuk di letakkan kedalam blog/website anda dengan syarat :-
- Tidak boleh di sunting balik ( Ulasan di benarkan )
- Jangan buang bahagian ‘Tentang Penulis’ dan maklumat-maklumat hak cipta.
- Pastikan link-link yang berada di dalam sesuatu artikel itu berfungsi.
- Artikel ini juga tidak boleh di gunakan sebagai Spam. ( menghantar e-mail kepada orang yang tidak dikenali )
Cara yang paling mudah untuk mendapat pelawat dengan cara… copy kan post yang paling menarik dari blog anda… lepas itu anda paste kan di direktori artikel saya ini… dan letakkan backlink di bahagian author… mudah kan… jadi apa tunggu lagi
REGISTER SEKARANG
Popularity: 23% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..