Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Kalau orang islam ditempatkan di Gereja!

IMG 1946Apa pendapat sedara semua kalau saya katakan orang islam ini tidak mampu membantu sedara mereka sendiri. Adakah sedara semua akan marah?

Mestilah marah, sebab isu agama bukan boleh buat main-main tahu. Tapi kenapa perkara ini boleh terjadi di Malaysia. Majoriti orang Islam , pemerintah sendiri orang islam. Tapi masih mendiamkan diri apabila ada sedara seagama yang hidup menumpang di tempat ibadah agama yang lain.

Apabila mereka yang sakit tidak di beri perhatian, beginilah yang akan terjadi. Meminta belas kasihan dengan sedara sendiri, tetapi tiada tindakan di ambil. Ceritanya mereka semua adalah berpenyakit HIV, tetapi tidak sepatutnya mereka di tindas, sehingga tiada persatuan atau badan kerajaan memberi bantuan kepada mereka.IMG 1986

Mereka juga ingin beribadat dengan tenang tanpa datangnya perasaan was-was ketika beribadat, mereka semua layak menerima hak mereka sebagai orang yang beragama Islam.

Jadi saya berharap, jika ada pihak yang layak membantu mereka harap bantulah dengan segera. Saya tidak mahu menuduh, pihak ini salah, pihak itu salah . Cukup sekadar diambil tindakan (hantar bantuan) untuk mengeluarkan mereka dari sana sudah memadai.

IMG 2008IMG 2020

IMG 2030

IMG 2026

IMG 2044

Bersamalah kita berdoa agar iman mereka berada dalam keadaan kukuh.

Gambar diambil dari :- Blog Ustaz Amin

Popularity: 27% [?]

Jangan jadi seorang yang pemarah!

Adakah rakan-rakan semua pernah mendengar atau membaca tentang hadis yang berkaitan dengan “Marah”. Ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan blog ajakbicara hari ini.

Dari Abu Hurairah rodhiallohu ‘anhu, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah aku wasiat.” Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan marah!” Dia bertanya berulang-ulang dan tetap dijawab, “Jangan Marah!” (HR Bukhari)

Tahukah anda kedudukan hadits ini boleh dikatakan menceriminkan tentang adab yang amat penting perlu dilakukan oleh kita. Maksud saya didalam kehidupan harian.

Inilah menampakkan agama islam yang kita anuti ini, adalah satu agama yang bersih dan sejahtera. Hadis ini telah mengeluarkan 2 penafsiran yang berbeza.

Yang pertama, bolehlah kita meletakkan berusaha untuk menahan marah tersebut. Dengan erti kata lain, jika anda menghadapi sesuatu situasi yang membuatkan timbulnya perasaan marah. Cepat-cepatlah menepiskan perasaan tersebut, terus hadir ke hati anda.

Yang kedua, kita sendiri berusaha untuk menghindari kehadiran atau sebab-sebab yang membawa perasaan kemarahan tersebut.

Tetapi jangan risau, semua ini ada cara untuk megelakkan atau meredakan kemarahan anda itu. Anda boleh mengunakan cara-cara seperti berikut :-

  • Anda hendaklah duduk, jika anda marah dalam keadaan berdiri. Setengah pendapat mengatakan lari dari tempat anda marah tadi, atau pergi dari situ.
  • Sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik. Maksud di sini jika anda berada di dalam keadaan marah, hendaklah anda mengeluarkan kata-kata yang baik atau berbicara secara baik atau lemah lembut.
  • Cara paling mudah ialah berwudhu. Nak kata mudah tak juga, sebab bukan semua tempat ada air. Ha!.. Jangan salah faham, maksud di sini anda pergi cari tempat berwudhu. Kalau boleh buat terus solat sunat. Mungkin bertambah reda anda nanti.

p/s: Sampai sini aje post untuk hari ini.

Popularity: 15% [?]

Zikir Halaqah ( Zikir Je’maah )

Ayat-Ayat Al-Quran Yang Mengisyaratkan Tentang Disyariatkannya Zikir Berjamaah

Firman Allah S.W.T:

Ertinya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berzikirlah kalian semua kepada Allah dengan zikir yang banyak.”(Q.S. al-Ahzab: 41)

Dan firman Allah S.W.T:

Ertinya: “Dan (mereka) lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah” (Q.S. al-Ahzab: 35)

2 Hadith Mengenai Zikir Halaqah

1). Hadith riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl bin al-Hanhaliyyah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidaklah duduk suatu kaum pada suatu majlis, di mana mereka berzikir kepada Allah Azza wa Jalla di tempat itu. Lalu (setelah selesai) mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”(Hadith Riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl bin al-Hanzhaliyah r.a.)

Dari hadith di atas dapat difahami, bahawa dosa-dosa dan perbuatan buruk orang-orang yang berzikir di majlis zikir, diampuni oleh Allah dan diganti dengan berbagai kebaikan. Maksudnya, nafs (jiwa) merka akan menjadi bersih dari fikiran-fikiran yang kotor dan amaliah mereka yang negatif akan berubah menjadi amaliah yang positif. Ringkasnya, mereka akan memperoleh pencerahan jiwanya setiap kali selesai berzikir di majlis zikir.

2). Hadith riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a. kedua sahabat itu telah menyaksikan Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a.)

p/s : Zikir halaqah ini jugak ada yang mengatakan bidaah tapi bagi saya tidak pun… kan bagus… kita akan rasa lebih bersungguh dan lebih menghayati sesuatu zikir itu…..

Popularity: 29% [?]