Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for the Berita Blog

Tidak update blog menyebabkan kurang visitor?

Yer, itulah yang terjadi pada saya. Oleh kerana terlampau menumpukan perhatian dengan projek yang akan datang (2009) saya sudah hampir terlupa mengenai blog berbahasa melayu saya ini. Seperti yang saya lalui sebelum ini, membuat projek baru memang akan menyebabkan banyak kerja-kerja yang perlu saya buat tergendala.

Al-maklumlah, saya minat belajar jadi saya kurang mengupah orang dalam membina website baru. Tetapi itu yang menjadi kelemahan kepada saya, tidak boleh menumpukan kerja-kerja yang lain. Dan mungkin saya terpaksa membatalkan salah satu projek yang mengunakan domain .MY . Sayang betul, beli domain itu aje dah makan RM100 ringgit. Ini, adalah salah satu pengajaran bagi saya. Kerana tidak membuat PLAN TINDAKAN terlebih dahulu, walaupun perkara ini selalu berlaku tetapi masih sukar untuk berubah.

Untuk makluman pengunjung blog ajakbicara ini, saya ingin menjual salah satu website saya. Yang mungkin di jual dengan harga yang murah (tidak sempat dengan projek yang lain). Jadi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan mengunakan contact form disini.

Di sini sedikit maklumat mengenai website tersebut :-

  • Website mengunakan bahasa malaysia dan bahasa inggeris.
  • Website community – orang ramai boleh register dan menulis artikel mereka. (artikel direktori)
  • Domain di register pada 25-10-2007
  • Sudah mempunyai content, 284 artikel.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya dengan mengunakan contact form di sini

Popularity: 32% [?]

Blogger love they Theme? but beware..

Tajuk aje bahasa english, tapi post tetap bahasa melayu :) . Memang benar saya bersetuju dengan salah satu blog mat salleh yang mengatakan blogger love they theme, memang kita perlu sayangi seperti kita sayangi penulisan kita atau pendapat yang di utarakan oleh kita sendiri. Ya lah, sapa lagi yang ingin menghargainya kalau bukan kita sendiri.

Sebenarnya memang fitrah blogging, kalau dia blogging mesti akan belajar dalam bahagian THEME, dan apabila berjaya buat sesuatu perubahan.. memang syok.. Sebab dapat pengetahuan baru dan belajar coding (walaupun tak pernah belajar selama ni)

Saya tahu ramai rakan-rakan macam ini, memang tak salah kalau kita suka tukar theme ni, tapi dengan syarat. Ingat balik pasang yang patut di pasang di blog…  sebab nanti ia akan menganggu SEO atau beberapa fungsi di blog anda.. Dekat sini saya ada beberapa senarai yang saya selalu lupa.

Lupa meletakkan “code verify dari webmaster tool” <– penting untuk cepat index.

Lupa meletakkan “code google analytics” <– penting untuk mengkaji keyword.

Lupa menukar “title code, description code, dan ada beberapa code lagi di bahagian theme” <– penting untuk mengandakan SEO.

Lupa meletakkan “code plugin di theme yang baru” <– ini yang paling lemah, sebab kadang-kadang ada yang lupa nak setting balik

Ok, sebenarnya ada lagi beberapa “LUPA” tapi saya pun lupa nak post dekat sini, kalau ada tambahan boleh lah tinggalkan dekat bawah..

Popularity: 41% [?]

Blog sumber pemasaran pertama anda?

Persoalan ini pernah di bincangkan dahulu, tapi saya tidak pasti dekat mana. Pada tahun 2007 yang lepas, kami pernah berbincang pasal ini. Tetapi ramai yang masih tidak pasti pada masa itu, adakah blog mampu menjadi salah satu sumber pemasaran pertama anda?.

Saya ada mencuba dengan salah seorang pelanggan saya, di mana saya meminta beliau membina blog terlebih dahulu. Walaupun begitu, kehadiran blog ini dapat membantu beliau dalam menjual 1-10 produknya. Herm.. memang sedikit, tetapi itu adalah permulaanya.

Apa tujuan saya meminta beliau membina blog?

Saya terangkan kepada beliau, bahawa kita perlu jadikan satu bahan untuk menjadi sumber rujukan percuma untuk pelanggan yang bakal membeli produknya suatu hari nanti. Selepas itu kita akan tingkatkan lagi keupayaan website itu kepada web jualan dan memulakan fokus teknik pemasaran yang lain. Pada mulanya, pandangan saya meminta beliau membuat ialah bukannya bertujuan untuk menjual barang. Mungkin rezeki beliau, selepas blognya berjalan selama 2 bulan, ada pembeli menelefonnya untuk bertanya mengenai produk yang ingin dijual…

Jadi memang benar, pemasaran pertama yang saya gunakan ialah BLOG.

Tetapi tidak semua benda boleh di gunakan dengan blog, tengok kepada niche yang tertentu supaya tidak pening kepala pelanggan anda nanti.

Popularity: 43% [?]