Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for the Dari Penulis

Selamat Berpuasa!

Tiada apa lagi aku nak tulis, cuma ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian, jika ada tahun lepas yang masih tak berpuasa penuh, cuba lah untuk tahun ini. Mengharapkan tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas, insya allah.

Jangan tanya kenapa lama sangat  aku menghilang, sebab jawapannya tetapi sama. Takda apa yang ingin aku nak tuliskan,

Apa yang terjadi pada aku bulan yang lepas?

Aku berpindah ke Kuarters, Aku banyak wat kerja kat luar, Aku banyak berfikir untuk Raya tahun ni, dan macam-macam lagi.

Akhir kata, selamat berpuasa!

Popularity: 2% [?]

Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah?

Salam semua, tadi ketika aku sibuk duk berjalan-jalan dalam internet ni, aku terserempak pulak kisah mengenai Crocs. Kasut ni boleh dikatakan menjadi kegilaan pada remaja sekarang, termasuklah bini dan adik ipar aku dan sepupu kepada bini aku.. hahahah post aku sekarang ni jenis nak peningkan kepala orang jer.

Tersebutlah kisah ada satu blog telah tunjukkan gambar crocs yang jenis tiruan. Dan didapati dekat logo Crocs tersebut terdapat kalimah Allah, bukan terang-terangan tetapi mirip dan hampir dengan Kalimah tersebut. Ini ada gambarnya.. tengok lah dekat bawah ni.

Crocs tiruan ada kalimah Allah

Aku tak pasti adakah benar atau tidak.. sebab benda ni tak baik kalau kita terus jatuh hukum. Jadi aku telah merajinkan diri buat research logo kasut jenama Crocs di Google. dan aku telah mendapatkan hasil yang jauh berbeza. Gambor dia ada dekat bawah ni.

Original crocs logo

Jadi jelaslah ia amat berbeza dari gambar tadi. Sekarang ko orang nilai sendiri dan check kasut Crocs masing-masing.. agak-agak ada was-was.. buang lah kasut tu.. buat nyemak aje kalau simpan.

p/s: Bini aku baru beli tadi dekat Uptown Shah Alam, esok aku nak try tengok ada ker atau sebaliknya..

Popularity: 13% [?]

Farmville oh farmville

gain XP from farmvilleNak dekat 2 bulan kot saya tidak update blog ini, maklum terlampau sibuk dengan kerja-kerja offline saya. Sampai tak sempat nak buka blog saya ni.

Walaubagaimanapun, blog ini tetap mempunyai pengunjung, terutama sekali pengunjung yang tak di undang yang meninggalkan kata-kata lucahnya di bahagian komen saya. Biasalah, salah satu cara building backlink ialah meninggalkan komen di blog-blog yang sudah lama tidak aktif, terutama sekali blog yang tidak mempunyai protection plugin seperti Spam Karma, atau Akismet. Jadi kepada blogger yang tegar berperangai macam saya (malas update blog) , pastikan anda semua aktifkan plugin-plugin tersebut.

Sebenarnya saya mungkin sudah hilang fokus dalam blogging ni, sebab terlampau lama bercuti, dan asyik bercucuk tanam di facebook. Nampaknya saya juga terkena dengan amukkan daripada salah satu game yang popular di facebook iaitu Farmville, saya rasa developer ni memang saja reka game ini untuk memukau si pemain :P sehinggakan setengah orang sanggup tunggu pokok yang dia tanam tumbuh buah.

Jadi hari ini, saya paksa diri saya untuk menulis balik di dalam blog ini, walaupun banyak perkara yang menghalang terutama sekali minda saya. “Arghhh… malasnya nak menaip” dan ada juga berbunyi “Apa aku nak tulis ni?” ….

Aduhai dah 2 tahun lebih blog ini berjalan.. tetapi kelemahan yang sama tak pernah nak hilang. Sedih tul.. tak janji ada income yang masuk :)

Sekarang saya masih sibuk memberi fokus kepada 2 website saya cuba kemas kinikan untuk di manfaatkan oleh rakyat malaysia.. insya allah…

Popularity: 13% [?]