Panduan seorang developer.
Ringkas sahaja tajuk untuk post kali ini, dan harap dapat membantu bakal developer yang baru ingin menjinakkan diri dalam bidang ini. Memang salah satu pendapatan internet adalah menjadi seseorang developer. Tetapi harus di ingat, ini bukan satu kerja yang mudah. Developer yang saya maksudkan disini ialah tukang membuat website untuk seseorang yang menempah website dari mereka, tidak kiralah webjualan, e-store, mahupun website komuniti.
Kerja seorang developer teramat susah, kerana mereka perlu memberikan banyak masa untuk website-website yang ingin mereka bina. Contoh, mereka mempunyai pelanggan yang inginkan website kesihatan. Jadi seseorang developer yang mahir, mereka perlu tahu software/script yang paling mudah untuk dibina. Selain itu, mereka juga perlu mengkaji sedikit sebanyak bahasa-bahasa programmer seperti php,javascript, dan macam-macam lagi.
Untuk menjadi seorang developer yang baik, mereka perlu lah memberi support yang sempurna ataupun memberikan sesuatu tawaran untuk pelanggan mereka. Tawaran yang saya maksud kan ialah, memberi perkhidmatan percuma selama setahun. Jadi ini akan dapat memberi jaminan kepada pelanggan mereka, supaya berpuas hati.
Jika anda adalah salah seorang pelanggan developer, anda perlu hargai mereka. Kerana mereka ibarat tulang belakang untuk anda. Jadi jangan sia-siakan kemahiran mereka. Anda mungkin boleh mencari panduan sendiri dengan niat tidak mahu menggunakan perkhidmatan developer. Tetapi tahukah anda berapa lama masa yang ada ingin ambil? mungkin 1 tahun dan mungkin juga 2 tahun. Jadi nasihat saya, berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan projek-projek online anda.
p/s: ini adalah salah satu pendapatan internet saya :P
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
- Perubahan pemikiran, sikap biasa.. - May 26th, 2010
Popularity: 26% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..