Pemindahan Kubah dari Masjid Lama ke Masjid Baru.

Walau video ini telah lama, iaitu pada tahun 2003 tetapi saya tetap memilihnya sebagai video pilihan saya. Oleh kerana makin ramai yang ragu mengenai kewujudan orang-orang yang terpilih. Jadi saya search di youtube untuk mencari kebenaran hakiki. Ya, di dalam 3000 orang ada yang terpilih di dalam golongan itu.

Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia hanya dengan dzikrullah. Seramai 3000 orang telah berkumpul dan berdzikir di masjid tersebut dan dengan kekuasan Allah kubah dari masjid lama “diangkat” dan “diletakkan” di atas menara masjid yang baru. Berdasarkan cerita, orang-orang tersebut telah berpuasa selama 3 hari dan berqiyamullail selama 3 malam bermunajat kepada Allah sebelum mereka berdzikir dan “mengangkat” kubah tersebut. Ramai yang “histeria” melihatkan keajaiban & kebesaran Allah itu. Wallaahu a’lam bish-showaab

Saya tidak tahu kebenarannya… jadi sama-samalah kita renungkannya. Belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Popularity: 13% [?]

Advertisement

One Response to “Pemindahan Kubah dari Masjid Lama ke Masjid Baru.”

  1. October 9, 2008 at 1:41 am #

    oh..sunguh menghairankan..tapi tu semuanya kuasa tuhan..jadi..sememangnya kita sepatutnya besyukur kerana kita merupakan umat islam..

Ada Komen?